Karl Strecker | |
---|---|
Kelahiran | 20 September 1884 Radmannsdorf, Prusia Barat |
Meninggal dunia | 10 April 1973 Riezlern, Austria | (umur 88)
Kesetiaan | Empayar Jerman Republik Weimar (hingga 1920) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat Prusia Reichsheer Tentera Darat |
Tahun perkhidmatan | 1905–1920 1935–1945 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Infantri |
Arahan | Divisyen Ke-79 Infantri Kor XVII Kor XI |
Pertempuran | Perang Dunia I
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross |
Kerjaya polis | |
Bahagian | Sicherheitspolizei |
Tahun berkhidmat | 1920-1935 |
Pangkat | Generalmajor |
Karl Strecker (20 September 1884 – 10 April 1973) adalah seorang Jeneral Jerman semasa Perang Dunia II yang memerintah beberapa pasukan tentera di Perbatasan Timur. Seorang tentera profesional dan polis berkerjaya, beliau berjuang dalam Perang Dunia I dan kemudian berkhidmat dalam Polis Keamanan separa tentera Republik Weimar. Strecker mengalu-alukan kebangkitan kuasa Hitler dan menyokong rejim itu, mendapat kenaikkan pantas dalam angkatan tentera Jerman Nazi, iaitu Wehrmacht. Strecker menjadi Panglima Divisyen Ke-79 Infantri pada Mac 1939 hingga Januari 1942, kemudian dilantik Panglima Kor XVII sebelum diberi memerintah Kor XI dalam Pertempuran Stalingrad dan merupakan jeneral Jerman terakhir yang menyerah diri di bandaraya itu pada 2 Februari 1943. Beliau menghabiskan masa 12 tahun dalam tahanan Soviet sebelum dibebaskan pada Oktober 1955. Selepas itu beliau menetap di perkampungan Riezlern, Austria, dimana beliau telah meninggal dunia pada 1973.